Rumah dan bengkel motosikal terbakar di Baling, harta dua keluarga musnah

SEBUAH rumah kediaman bersama sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran yang membabitkan dua keluarga di Kampung Padang, Mukim Ulu Bakai, Baling, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 5.28 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Azizi Othman bergegas ke lokasi.

“Operasi pemadaman turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Kulim dengan sebuah jentera.

“Kebakaran itu memusnahkan sebuah bengkel motosikal di bahagian hujung rumah berkembar. Api turut memusnahkan enam motosikal pelbagai model dan sebuah kereta.

“Kedudukan pili bomba yang jauh menyukarkan kelancaran operasi apabila jentera kehabisan air dan terpaksa mengisi air semula di pili bomba berhampiran masjid sejauh satu kilometer (km), ” katanya, lapor Harian Metro.

Zulkhairi berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.

“Kesemua mangsa sempat melarikan diri termasuk seorang wanita warga emas. Mangsa tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img