Hun Manet  ucap Salam Ramadan, sifatkan umat Islam main peranan penting di Kemboja

PERDANA Menteri Kemboja Hun Manet menyampaikan ucapan tahniah dan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam di negara itu serta di seluruh dunia sempena ketibaan bulan suci Ramadan 1447 Hijrah yang bermula hari ini.

Dalam perutusan rasmi bagi pihak Kerajaan Kemboja dan Badan Perundangan Penggal Ketujuh Parlimen yang dipimpin oleh Parti Rakyat Kemboja (CPP) beliau dan isteri mendoakan agar Ramadan membawa keberkatan, keamanan dan kebahagiaan kepada umat Islam di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet bersama pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Kemboja.

 Hun Manet  turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Muslim Kemboja atas kepercayaan dan sokongan berterusan terhadap kepimpinannya serta kepimpinan Presiden Senat dan Pengerusi CPP Hun Sen.

Menurut beliau, masyarakat Muslim di Kemboja telah memainkan peranan penting bersama rakyat pelbagai kaum dan agama dalam mengekalkan keamanan, keharmonian etnik dan kestabilan negara.

‘’Mereka juga aktif menyokong usaha kerajaan melalui pelbagai kegiatan kemanusiaan serta usaha mempertahankan kedaulatan dan maruah wilayah Kemboja,’’ katanya.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan antara agama dan etnik merupakan asas penting kepada pembangunan dan kemakmuran negara, dan komitmen tersebut akan terus diperkukuh demi masa depan Kemboja yang aman dan sejahtera.

Hun Manet berharap seluruh umat Islam agar dapat menunaikan ibadah sepanjang Ramadan dengan penuh ketenangan, keselamatan dan kejayaan dalam penghayatan ajaran Islam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img