Mas Ermieyati umum letak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah

PERGOLAKAN dalaman Bersatu berikutan pemecatan secara beramai-ramai 17 pemimpin parti itu termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini berterusan apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin  mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Melaka hari ini.

Keputusan beliau itu yang turut disertai oleh 39 Ahli Jawatankuasa bahagian tersebut diumumkan oleh  Setiausaha Bahagian Bersatu Masjid Tanah Shahrul Azhar Amir.

Shahrul dalam kenyataan melalui Facebook beliau memaklumkan,  Bersatu Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan satu mesyuarat khas, yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Sayap, serta Ketua-Ketua Cawangan Bersatu Masjid Tanah.

‘’Pertemuan selama 2 jam ini telah berlangsung dengan baik dan Datuk Wira Ketua Bahagian (Mas Ermieyati) telah memberi penjelasan tentang perkembang terkini konflik politik Bersatu serta memberi memberi peluang dan ruang untuk semua yang hadir memberikan pandangan dan bertanyakan soalan-soalan,’’ katanya.

Beliau berkata, Mas Ermieyati kemudiannya memaklumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah.

‘’Ini diikuti pula dengan peletakan jawatan oleh Ketua – Ketua Sayap dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian serta ketua – ketua cawangan yang hadir pada mesyuarat khas tersebut,’’ katanya.

 Shahrul berkata, mereka memutuskan tindakan itu dilakukan atas faktor telah kehilangan kepercayaaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

‘Dengan perletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,’’ katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img