Empat rumah kedai terbakar di Guar Chempedak

EMPAT buah rumah kedai yang terletak berhampiran Stesen Bas Guar Chempedak, Kedah terbakar petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.41 petang.

Susulan itu, katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Shahril Abd Rahman dan dibantu BBP Yan membabitkan sejumlah 10 anggota bergegas ke lokasi.

Operasi turut dibantu 18 anggota daripada lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Alor Setar, Jalan Kundor, Seberang Nyonya, Kampung Baru Rangkaian dan Simpang Empat.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran membabitkan empat rumah kedai kelas B, iaitu separa batu dan kayu.

“Sebuah daripada rumah kedai itu musnah 70 peratus, manakala dua lagi 20 peratus dan sebuah pula 10 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, api berjaya dikawal pada jam 6.54 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.44 malam tadi.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img