Mohd Amar kata pemimpin Pas layak  jadi PM,  Hashim Jasin kata Pas ada banyak calon

AHLI Pas diingatkan jangan  bersikap rendah diri sebaliknya yakin dengan kemampuan parti itu menerajui Kerajaan Persekutuan dan memegang jawatan Perdana Menteri.

Ketika memberi peringatan itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi contoh bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mampu memimpin dengan baik biarpun tidak mempunyai latar belakang pentadbiran.

“Jangan kita rasa rendah diri, merasakan dalam kalangan kita tak layak jadi perdana menteri. Malu kepada orang — kita ada 43 Ahli Parlimen, seorang pun tak mampu jadi PM?

“Syarat jadi PM ini jangan gila, itu sahaja. Kalau gila, masalah besar. Selagi lantik mereka yang waras dengan berpandukan Islam, insya-Allah kita boleh bawa Malaysia lebih baik daripada yang ada hari ini,” katanya berucap merasmikan Muktamar Muslimat Pas ke-65 di Kompleks Pas Kedah.

Sementara itu,  Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata Pas boleh mengemukakan ramai calon perdana menteri sekiranya ukuran yang digunakan adalah berdasarkan gaya seorang pemimpin tertentu.

“Sehari dua ni, ada yang dok kacau pimpinan Pas. Siapa nak jadi PM Pas ni. Siapa dia calon?

“(Bila Pas) dok senyap, dia kata as ni tepulah, dia tak ada pemimpin yang layak jadi perdana menteri. Kalau kita tanya balik, hang nak cari PM macam mana. Aih yang naik kapal terbang pi mesyuarat sana sini, (Mereka kata) kami nak macam tu la. Berlambak dalam Pas pun, tapi kami tak bagi (perkara ini),’’ katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak di Maahad Hadis, Alor Setar hari ini.

Dalam ucapannya Hashim menggariskan empat ciri utama yang mesti ada pada seorang pemimpin untuk layak menjadi Perdana Menteri:

Ciri-ciri berkenaan katanya ialah takut kepada Allah, beramal dengan syariat yang diturunkan, membuat persediaan di hari akhirat dan reda dengan rezeki yang ditentukan Allah meskipun sedikit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img