Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah buka kedai emas, ada simpanan emas tiga kilogram bernilai RM1.4 juta

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu lagi kegiatan rasuah melibatkan pegawai imigesen.

Kali ini berkaitan kegiatan sepasang suami isteri pegawai Jabatan Imigresen yang disyaki menggunakan hasil rasuah kira-kira RM600,000 untuk membuka sebuah kedai emas di Pahang.

Hasil serbuan SPRM dalam Op Dygo di kedai emas terbabit juga menemui simpanan emas dianggarkan seberat tiga kilogram dengan nilai semasa kira-kira RM1.4 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek yang dipercayai berperanan mengatur kemasukan warga asing tanpa dokumen ke negara ini dipercayai menerima rasuah sejak 2020.

Katanya, pasangan itu menggunakan nama adik wanita terbabit dan anak mereka sebagai proksi untuk membuka kedai emas berkenaan.

“Suspek terlibat dalam tugasan program pemutihan yang bertujuan memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah bagi pekerja asing tanpa permit. Proses tersebut memerlukan majikan menghantar fail-fail pekerja warga asing berkenaan untuk dibuat semakan pertama oleh bahagian penguat kuasa.

“Setelah melepasi peringkat pertama tapisan, majikan yang mempunyai fail-fail warga asing perlu membawa fail berkenaan kepada suspek untuk menentukan kelengkapan dokumen sebelum memperoleh Akaun Penerimaan (AP),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi mempercepatkan proses itu daripada tujuh hari kepada tiga hari, majikan dipercayai perlu membayar RM700 bagi setiap warga asing.

“Bayaran rasuah tersebut diterima secara tunai serta diagihkan kepada pegawai lain yang menguruskan fail dan suspek menerima RM150 bagi setiap warga asing.

“Dalam tempoh empat tahun, suspek dipercayai telah mengumpul kira-kira RM900,000 yang digunakan untuk membuka kedai emas dan selebihnya membeli sebuah kereta mewah,” katanya.

Susulan penahanan itu, kedua-dua mereka direman lima hari sehingga 14 September ini selepas Mahkamah Majistret Ayer Keroh membenarkan permohonan SPRM.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img