PM puji tindakan berani 7 pemuda hero Tasik Biru selamatkan tiga beranak

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Kundang, semalam.

Perdana Menteri berkata, keberanian mereka yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa orang lain wajar dipuji dan dijadikan teladan masyarakat.

“Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terbabit dalam nahas di Kundang.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan sudah menyelamatkan tiga nyawa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

“Saya juga mendoakan semoga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang ibu bersama dua anak kecil berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Kundang, Selangor.

Bagaimanapun, tindakan pantas tujuh pemuda yang berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img