Malaysia, India komited perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif – PM

MALAYSIA dan India akan terus memperkukuh kerjasama susulan penaikan taraf hubungan dua hala kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Ogos 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, India merupakan rakan utama Malaysia dengan kerjasama yang semakin berkembang dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi dan pelancongan.

“Kita menganggap mesyuarat (mesyuarat dua hala) dan pertukaran (MoU) ini suatu yang sangat penting, strategik dan kritikal untuk memajukan dan meningkatkan hubungan antara India dan Malaysia. Sudah tentunya, kita mempunyai hubungan yang lama sejak 1957, tetapi kita telah meningkatkannya kepada CSP pada 2024.

“Hubungan sejarah yang lama terjalin, hubungan erat antara rakyat dan kerjasama ekonomi yang sentiasa berkembang akan terus memperkukuh kolaborasi dalam semua bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, semikonduktor, ekonomi digital, perdagangan mata wang tempatan, ketersambungan dan tenaga,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini, lapor Bernama.

Modi kini dalam rangka lawatan selama dua hari ke Malaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img