Serangan Israel-AS ke atas Iran bawa Asia Barat ke ambang bencana -PM

MALAYSIA menyifatkan serangan Israel ke atas Iran, dan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang menyertainya, membawa Asia Barat ke ambang bencana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif Israel melancarkan serangan itu adalah cubaan kejam untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan untuk menarik negara-negara lain ke dalam konflik yang mungkin mustahil untuk dikawal.

Oleh itu beliau menggesa penghentian permusuhan segera dan tanpa syarat adalah amat penting.

‘’Saya menyeru Amerika Syarikat dan Iran untuk mencari jalan diplomatik bagi mengelakkan eskalasi lebih lanjut, serta menggesa masyarakat antarabangsa bertindak dengan segera dan tanpa pendua piawaian,’’ katanya dalam kenyataan Facebook beliau.

Israel dan AS hari ini bergabung menyerang Iran sehingga memungkinkan negara Republik Islam itu melancarkan serangan balas yang ke bandar rejim zionis dan kepentingan AS di Asia Barat.

Anwar berkata, Selain itu kebimbangan beliau ketika ini adalah keselamatan rakyat Malaysia di Iran dan di seluruh rantau ini.

‘’Saya akan berhubung dengan rakan serantau mengenai langkah seterusnya dalam hal ini,’’ katanya

*Pas sifatkan Israel-AS lakukan jenayah perang

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, serangan yang dilancarkan ketika proses rundingan sedang berjalan adalah amat dikesali, dan jelas melanggar norma keadilan sejagat.

‘’Selain itu ia merupakan suatu bentuk jenayah perang yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

‘’Malah serangan ini menyerlahkan sikap sebenar Amerika Syarikat dan sekutunya Israel sebagai pengganas yang tidak mempedulikan undang-undang dan nilai kemanusiaan sejagat,’’ katanya.

Sehubungan itu tegas beliau, Pas menuntut ketegasan di pihak Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img