Iran serang lima pangkalan tentera utama AS di Asia Barat

SEKURANG-kurangnya lima pangkalan tentera utama Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat menjadi sasaran tembakan peluru berpandu Iran sebagai tindak balas terhadap serangan gabungan Amerika Syarikat dan Israel yang menyasarkan Teheran dan bandar-bandar lain di Iran hari ini.

Media Arab melaporkan pangkalan yang menjadi sasaran termasuk Pangkalan Udara Al-Udeid di Qatar, Pangkalan Al-Salmiya di Kuwait, Pangkalan Udara Al-Zafra di United Arab Emirates, Pangkalan Ke-5 AS di Bahrain, dan Pangkalan Udara King Hussein di Jordan.

Siren serangan udara telah berbunyi berterusan di Kuwait, Bahrain, dan UAE selepas serangan peluru berpandu itu. Letupan turut dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah yang diduduki, khususnya di Tel Aviv, al-Quds, dan Be’er Sheva.

AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran di tengah rundingan diplomatik yang sedang berlangsung.

 Iran dan AS telah menamatkan pusingan ketiga rundingan nuklear di Geneva pada Khamis dan dijadualkan bersambung minggu depan di Vienna untuk perbincangan yang lebih terperinci.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img