PM nyatakan hasrat hadiri Sidang Kemuncak D8 di Jakarta April depan

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang dijadual berlangsung di Jakarta, April ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri pada sesi kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia yang baharu, Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, di Bangunan Parlimen hari ini.

“Ini sebagai komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa,” kata beliau menerusi hantaran Facebook malam ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, kedua-dua pemimpin senada supaya kerjasama perdagangan dan pelaburan ditingkatkan agar setara dengan keakraban persaudaraan serta hubungan strategik antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan boleh diterjemahkan dengan mempergiat pertukaran lawatan serta mempererat komunikasi antara kepimpinan tertinggi demi memastikan agenda bersama dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Anwar turut mengucapkan selamat memulakan tugas kepada Raden Mohammad Iman dalam mempererat hubungan Malaysia dan Indonesia yang terjalin sejak sekian lama.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img