SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Kemangi, Jalan Kulim-Baling-Gerik, di Baling jam 8.40 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, penunggang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati motosikal dari arah Keda Kemangi menghala ke Masjid Kuala Kuang manakala lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu pula dari arah sama,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.


