Bau busuk bongkar kematian dua beranak dalam rumah berkunci

PANGGILAN khas yang diterima pihak bomba bagi membuka pintu rumah berkunci sebuah pangsapuri membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas dan seorang lelaki di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, semalam.

Difahamkan, jiran mereka menghubungi pihak berkuasa selepas terhidu bau busuk dari rumah dihuni ibu dan anak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya terima panggilan jam 7.48 malam.

“Panggilan diterima daripada PDRM yang memohon bantuan bagi membuka pintu rumah berkunci dari dalam dan dipercayai terdapat mangsa dalam rumah itu.

“Sebaik tiba di lokasi dan pasukan penyelamat membuka pintu menggunakan peralatan khas bersama-sama pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata, pihaknya menemukan dua mangsa yang masing-masing berada di ruang tamu dan bilik tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

“Kedua-dua mayat dan kes diserah kepada pihak PDRM bagi tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 10.55 malam.

“Mangsa warga emas itu dikenali sebagai Lee Tet Khim, 72 dan Lam Tong Hoong, 39 tahun,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img