SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warganegara Malaysia, Chai Jin Shern bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki warga tempatan itu dikesan dengan alamat terakhir di 10 Jalan Nikel 7/26A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Bin Abd Halim di talian 0175046503 atau emel kepada mhafidz@sprm.gov.my,” katanya.


