Lelaki tular panjat tiang elektrik untuk curi kabel diberkas polis

SEORANG lelaki yang tular memanjat tiang elektrik dipercayai untuk mencuri kabel dalam kejadian di Kampung Baru Jelapang, Ipoh berjaya diberkas polis pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu disedari seorang penduduk selepas melihat suspek, warga tempatan berusia 50 tahun, memanjat tiang elektrik dan memotong kabel Telekom Malaysia (TM).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penduduk berkenaan sempat merakam kejadian tersebut sebelum menghubungi ketua kampung bagi memaklumkan perkara itu.

“Tidak lama kemudian, ketua kampung tiba di lokasi dan meminta suspek turun serta menyerah diri sebelum pihak polis dihubungi untuk tindakan lanjut.

“Suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota dari Balai Polis Jelapang yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan beberapa peralatan antaranya satu unit alat pemotong wayar, satu gunting berwarna hitam, satu bilah pisau potong berwarna hitam bertulisan ‘Kiwi’ serta satu unit playar.

“Semua peralatan tersebut telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan mencuri,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 47 saat memaparkan aksi berani dan nekad seorang lelaki memanjat tiang elektrik serta memotong kabel yang dipercayai berkaitan kegiatan mencuri kabel.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img