Polis bantuan maut nahas kemalangan motosikal

SEORANG polis bantuan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.54 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipandu pembantu kesihatan berusia 39 tahun dan motosikal ditunggang mangsa yang berusia 59 tahun.

“Siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 10.15 malam ketika pemandu kereta dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Pahang melalui Jalan Batang Kali-Genting Highland.

“Sampai di satu selekoh, tiba-tiba datang penunggang motosikal dari arah bertentangan masuk ke laluan kereta dan bergesel. Mangsa kemudian dilaporkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau menegaskan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammadi Mat Abu @ Ramli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img