Pemandu treler tersepit rempuh dua kereta di Sekinchan

SEORANG lelaki berdepan detik cemas selepas treler dipandu merempuh dua kereta sebelum terjunam ke parit di Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.53 malam.

Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira lapan kilometer.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah treler dan dua kereta. Mangsa tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa dikeluarkan anggota bomba dan hanya cedera ringan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img