Laluan PLUS Kulai–Sedenak sesak teruk akibat nahas treler, lori tangki

LALUAN Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Kulai ke Sedenak sesak teruk petang ini berikutan satu kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tangki di Kilometer 40.6 arah utara, menyebabkan semua lorong terhalang.

Menurut laporan dari laman X @plustrafik, keadaan trafik mula sesak sejak jam 12.30 tengah hari apabila semua lalu lintas tidak bergerak sejauh lima kilometer.

Status terkini pada jam 1 petang memaklumkan trafik di lebuh raya itu masih terhenti sejauh sembilan kilometer dan semua lorong arah utara masih ditutup.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberi laluan kepada petugas kecemasan yang berada di lokasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pemandu juga digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.

Maklumat terkini dan status trafik boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik di https://x.com/plustrafik.

Dalam pada itu, pengesahan sedang diperoleh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img