Tentera UNIFIL Indonesia terbunuh, Malaysia tuntut akauntabiliti pihak bertanggungjawab

MALAYSIA menegaskan, sebarang serangan ke atas misi pengaman UNIFIL merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1701 (2006).

Sehubungan itu melalui satu kenyataan Wisma Putra berkata, Malaysia menuntut akauntabiliti segera daripada pihak bertanggungjawab susulan serangan terhadap Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) yang meragut nyawa seorang anggota pengaman Indonesia, di Adchit al-Qusayr, semalam.

“Malaysia menyeru semua pihak mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 (2006) serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan.

“Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman PBB serta melindungi orang awam dan infrastruktur awam tanpa kompromi. Pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan akauntabiliti,” kata Wisma Putra.

Sementara itu, Wisma Putra berkata anggota MALBATT yang sedang berkhidmat di bawah misi UNIFIL dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Semalam, Indonesia mengesahkan seorang anggota pengamannya terbunuh di Lubnan selepas sebuah projektil mengenai satu pos pasukan PBB.

Media antarabangsa melaporkan, letupan projektil itu berlaku di bandar Adchit al-Qusayr, mengorbankan seorang anggota pengaman Indonesia serta mencederakan tiga yang lain.

Hari ini media Indonesia melaporkan dua lagi anggota tentera negara itu terbunuh apabila konvoi mereka diserang oleh Israel.

Ketika kejadian konvoi itu sedang membawa anggota tentera untuk menerima rawatan selepas cedera dalam serangan sebelumnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img