Nahas kereta terbabas: Seorang pelajar UTHM maut, 4 cedera

SEORANG penuntut kejuruteraan elektrik dan elektronik di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) cawangan Pagoh maut manakala empat lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Felda Moakil, Muar semalam.

Nahas berlaku pada jam 1.05 petang ketika kelima-lima penuntut terbabit dalam perjalanan pulang ke kampus dan menyebabkan mangsa, Mohd Amir Faizal Hasrolnizam, 21, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, Mohd Amir Faizal yang juga penumpang belakang disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Katanya, empat lagi penuntut UTHM iaitu pemandu kereta, Dameer Amir Mokhzani Aris, 21, parah di kepala manakala penumpang, Ameer Ikhwan Ahmad Nurul Lail, 21; Muhammad Aiman Musa, 21; dan Muhammad Hakimi Hisyamuddin, 21, cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Segamat. Siasatan mendapati, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari Labis ke pekan Pagoh.

“Apabila tiba di lokasi, pemandunya dikatakan hilang kawalan yang menyebabkan kenderaan dinaiki terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta orang ramai menyaksikan kemalangan ini untuk tampil ke mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img