Polis buka siasatan pelajar tahfiz cedera dipukul rakan di Kajang

SEORANG pelajar tahfiz mendakwa mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul rakan pelajar dalam satu kejadian di sebuah pusat tahfiz di Kajang, 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin lepas kira-kira pukul 1.28 pagi.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam, menyebabkan mangsa mengalami lebam serta bengkak pada kedua-dua belah tangan.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung kes tersebut dan punca sebenar kejadian kini sedang dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Nazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Muhammad Haniffa Abd Razak menerusi talian 019-7356544.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img