Lelaki maut, tiga cedera kereta terbabas dalam gaung

SEORANG lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung dengan sendirinya. Terdapat empat mangsa lelaki tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tersebut berjaya dikawal pada jam 6.08 pagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img