Wanita cedera akibat tong gas meletop

SEORANG wanita cedera selepas berlaku kebocoran tong gas mencetuskan letupan dan kebakaran kecil di sebuah rumah di Taman Mas, Padawan dekat Kuching, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan berkenaan mengakibatkan bahagian stor rumah terbabit terbakar sebelum api dipercayai terpadam sendiri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.42 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebocoran tong gas yang menyebabkan letupan serta kebakaran di bahagian stor rumah berkenaan.

“Kejadian itu turut mengakibatkan siling pada ruang dapur runtuh akibat impak letupan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun api didapati sudah terpadam sebelum ketibaan anggota bomba di lokasi kejadian.

“Mangsa cedera ringan di kening dan dibawa ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat serta tiada lagi kebocoran gas sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img