DBKL kompaun 12 penjaja tanpa lesen di Bazar Syawal Masjid India

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 12 notis kompaun serta menyita barangan penjaja tanpa lesen dalam operasi penguatkuasaan di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman, Masjid India pada Khamis lalu.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pemantauan dan pemeriksaan dilakukan terhadap pemilik perniagaan atau pemegang lesen bazar bagi memastikan pematuhan syarat lesen yang ditetapkan.

Menurutnya, pemeriksaan turut memberi tumpuan terhadap pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk penggunaan pembantu warga asing, penjualan tapak niaga atau ‘ali baba lesen’, selain halangan di laluan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 12 notis kompaun dikeluarkan terhadap pemilik aktiviti perniagaan yang melakukan kesalahan.

“Kesalahan itu membabitkan pemegang lesen yang tiada di tapak bazar (enam notis) dan menjalankan aktiviti menjaja tanpa kebenaran sah (enam notis),” menurut kenyataan itu.

DBKL turut mengambil dua tindakan sita terhadap barangan dan peralatan penjaja tanpa lesen melibatkan gerai air balang yang dipercayai ditinggalkan warga asing.

“Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” katanya.

Dalam operasi sama, DBKL turut mengambil tindakan terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas di sekitar kawasan tumpuan Masjid India.

“Sebanyak lapan kereta ditunda dan 317 notis kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang membuat halangan lalu lintas dan meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki awam, bas dan orang kelainan upaya (OKU) serta halangan kawasan khemah peniaga bazar.

“Tindakan pengutkuasaan diambil mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, DBKL mengingatkan pengunjung Bazar Syawal Kuala Lumpur supaya menjaga keselamatan diri dan memastikan kenderaan mereka tidak menghalang mana-mana laluan awam.

“Selain itu mematuhi arahan semasa daripada pasukan Warden Trafik DBKL dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi. Penggunaan pengangkutan awam digalakkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img