Pukul rakan setugas: Dua anggota tentera direman

DUA koperal tentera dari sebuah kem di Sungai Petani direman bagi membantu siasatan kes pukul dan mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain baru-baru ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 malam Khamis lalu, di kawasan penginapan kem terbabit, membabitkan suspek berusia 25 dan 27 tahun.

Kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 21 dan 24 tahun, dipercayai dipukul sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.

“Kes masih dalam siasatan…pagi ini reman suspek untuk bantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img