Warga emas maut tertimbus tanah runtuh

SEORANG lelaki warga emas maut tertimbus tanah runtuh ketika cuba menghidupkan set jana kuasa di belakang sebuah hotel di pusat bandar di Sandakan, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.39 pagi dan menghantar 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemeriksaan mendapati mangsa, Agustine Frederick J Lingam, 76, tertimbus separuh badan akibat runtuhan tanah,” katanya.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel berkenaan terputus.

Mangsa yang juga pekerja di hotel terbabit dipercayai cuba menghidupkan jana kuasa yang terletak di belakang bangunan bagi memulihkan bekalan elektrik, bagaimanapun berlaku runtuhan tanah menyebabkan mangsa tertimbus.

“Kerja menyelamat dilakukan dengan menggunakan peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap, sebelum mangsa dapat dikeluarkan pada jam 7.14 pagi.

“Pemeriksaan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Jimmy berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.19 pagi selepas memastikan keadaan kawasan selamat serta tiada lagi risiko bahaya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img