Mahkamah Tinggi ketepi hukuman bebas, guru dipenjara 6 tahun, 4 sebatan cabul murid

MAHKAMAH Tinggi Muar, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Muar yang sebelum ini melepas dan membebaskan seorang guru bahasa Arab daripada pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan di perpustakaan sekolah, enam tahun lalu.

Hakim Kalyana Kumar Sockalingam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menggantikan keputusan berkenaan dengan hukuman penjara enam tahun serta empat sebatan terhadap tertuduh, Ahnaf Afiq Shairul Bazri, 35.

Tertuduh yang sudah berkahwin didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama serta dibaca bersama Seksyen 16(a) akta berkenaan.

Dalam penghakimannya, hakim memutuskan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan bagi kes di bawah Seksyen 14 manakala dua tahun serta dua sebatan bagi Seksyen 16, dengan hukuman bagi Seksyen 14 dijalankan terlebih dahulu diikuti Seksyen 16.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling ketika dalam tahanan serta berada di bawah pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman selaras Seksyen 26 dan 27 akta sama.

Mengikut pertuduhan, Ahnaf Afiq didakwa melakukan amang seksual terhadap muridnya yang ketika itu berusia lapan tahun di perpustakaan sekolah dalam daerah ini antara jam 10.20 hingga 11.20 pagi pada 3 Oktober 2019.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan tambahan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Nor Hafizah Abdullah.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh selepas pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan, selain mengarahkan pihak pendakwaan menfailkan rayuan dalam masa terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img