PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 11 pegawai kanan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 11 pegawai kanan yang membabitkan beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta ketua polis daerah di beberapa negeri.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu melibatkan penempatan di Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Menurutnya, Datuk Mohd Faisal Yahya yang sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) jabatan sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Senior Asisten Komisioner Abd Rahman Atan yang sebelum ini Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Sementara itu, Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamed Roslan Ahmed Junaidi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata, turut terbabit dalam pertukaran itu ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Johor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Penolong Pengarah Operasi Pencegahan (Operasi) Cawangan Operasi Pencegahan Bahagian Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Asisten Komisioner Che Haniza Che Senapi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) bahagian yang sama dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Pengarah Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Annas Sulaiman pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju,” katanya.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintenden Azari Miskon dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sibu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Ketua Pegawai Latihan (Belanjawan/Naziran) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintenden Johar Dasuki dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Negeri Sembilan dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Beaufort di Sabah, manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Khalid Mohamad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muallim dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img