Dendam lama punca lelaki maut ditetak, tangan adik hampir putus

AKIBAT dendam lama, seorang lelaki maut ditetak manakala adik perempuannya parah dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Kempas, Sungai Petani awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, setakat ini empat individu termasuk wanita ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan sejurus selepas kejadian sebelum polis membuat satu lagi tangkapan semalam.

“Pada hari berikutnya (semalam) kira-kira jam 5.30 petang kita buat satu lagi tangkapan membabitkan lelaki India berusia 22 tahun yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan ujian air kencing positif dadah.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani hari ini, lapor Berita Harian.

Adzli berkata, siasatan polis mendapati kesemua empat suspek itu mengenali mangsa dan adiknya, malah mereka pernah tinggal berhampiran.

“Kita dapati motif dia adalah pelbagai, namun kita boleh cakap ini adalah dendam lama yang dipendam secara diam walaupun mereka bercampur hari-hari.

“Untuk makluman, keluarga mangsa pernah tinggal bersama keluarga seorang daripada suspek dan mangsa juga pernah bercinta dengan adik-beradik dengan suspek kira-kira empat atau lima tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditemui maut dengan kesan tetakan manakala tangan adik perempuannya hampir putus dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Kempas, Sungai Petani dalam kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img