Penunggang motosikal maut terperosok bawah Kelisa

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa Muhammad Tuah Mohd Tarmizi, berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dipercayai dilanggar Kelisa sebelum terperosok di bawah kenderaan terbabit.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 6.28 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img