Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dirakam mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di halaman sebuah rumah di Bahau, Jempol.

Ketua Polis Dearah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 2.21 petang semalam daripada seorang wanita.

“Wanita itu memaklumkan telah terlihat satu rakaman video kejadian curi pakaian dalam wanita semasa melihat media sosial.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan di Bahau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, lokasi kejadian merupakan sebuah rumah yang didiami wanita warga tempatan.

Ujarnya, suspek yang identitinya masih belum dapat dipastikan telah menceroboh masuk ke kawasan rumah mangsa dengan cara memanjat pagar dan mengambil sehelai pakaian dalam milik mangsa yang dijemur di bahagian luar rumah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes dan suspek diminta tampil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Maklumat berkenaan suspek boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Nor Effendi Mohd Tahar di talian 06-4582222 dan pihak polis memberi jaminan bahawa semua maklumat yang diperoleh akan disiasat dengan teliti,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img