Pemandu positif dadah ditahan selepas rempuh enam kenderaan

SEORANG lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai merempuh enam kenderaan lain dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Wong Soon Kai, Sibu, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian melibatkan tujuh kenderaan itu pada kira-kira jam 9.55 malam.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berumur 24 tahun sedang bergerak ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Wong Soon Kai.

“Semasa menghampiri persimpangan itu, kenderaan tersebut dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat lalu merempuh enam kenderaan lain yang berada di hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Boniface berkata, kemalangan itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan serius, namun semua kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis amphetamine dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya di jalan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img