Rasuah kuota haji Indonesia: KPK sita aset lebih RM23 juta milik bekas menteri agama

KOMISI Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia menyita sejumlah aset milik bekas Menteri Agama negara , Yaqut Cholil Qoumas atau Gus Yaqut, selepas beliau ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan kuota haji.

Timbalan Ketua Penguatkuasaan dan Eksekusi KPK, Asep Guntur Rahayu, berkata jumlah keseluruhan aset yang disita dianggarkan melebihi Rp100 bilion (sekitar RM23 juta).

Menurut beliau, aset yang dirampas termasuk: AS$3.7 juta (kira-kira RM17 juta), Rp22 bilion (sekitar RM5.1 juta) 16,000 riyal Arab Saudi (RM16,787), empat buat kenderaan,lima bidang tanah dan bangunan

KPK turut menahan Yaqut selama 20 hari bermula 12 Mac hingga 31 Mac di Rumah Tahanan Negara Cabang Gedung Merah Putih KPK.

Penahanan itu dibuat selepas panel hakim Pengadilan Negeri Jakarta Selatan menolak permohonan praperadilan yang dikemukakan Yaqut pada 11 Mac 2026. Dengan penahanan tersebut, Yaqut berkemungkinan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 di dalam tahanan.

Siasatan kes rasuah kuota haji ini bermula pada 9 Ogos 2025 apabila KPK membuka penyiasatan berkaitan pengurusan kuota haji Indonesia bagi tahun 2023–2024.

Pada awalnya, kerugian negara dianggarkan melebihi Rp1 trilion (sekitar RM232 juta).

KPK kemudian menerima laporan audit daripada Badan Pemeriksa Keuangan (BPK) pada 27 Februari 2026 yang mengesahkan kerugian kewangan negara akibat kes itu mencecah Rp622 bilion (sekitar RM144 juta).

Dalam kes tersebut, dua individu telah ditetapkan sebagai suspek, iaitu Yaqut dan bekas stafnya, Ishfah Abidal Aziz atau Gus Alex. Sementara itu, pemilik biro haji Maktour, Fuad Hasan Masyhur, sebelum ini turut disiasat namun larangan perjalanan ke luar negara terhadapnya tidak dilanjutkan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img