Penyelewengan tanah: SPRM beku 10 akaun bank bernilai kira-kira RM4 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan lima akaun syarikat serta akaun perbankan milik lima individu dianggarkan bernilai kira-kira RM4 juta berhubung siasatan isu penyelewengan tanah membabitkan seorang pengarah syarikat.

Menurut sumber, siasatan yang dijalankan SPRM Selangor bermula sejak 9 Mac lalu turut membekukan dua akaun unit amanah bernilai RM2.6 juta dan beberapa akaun simpanan syarikat serta individu berjumlah kira-kira RM1.4 juta.

“Pada masa yang sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan penipuan,” katanya.

Semalam, seorang pengarah syarikat yang juga merupakan pemegang amanah ke atas tanah seluas kira-kira lapan ekar di sebuah ladang  di Hulu Selangor telah ditahan reman lima hari hingga Isnin depan.

Setakat ini seramai 24 orang saksi telah diambil keterangan. SPRM juga masih mengesan saksi-saksi yang terlibat di dalam kes terbabit bagi tujuan rakaman percakapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img