Yagut  Cholil  didakwa sedia AS$1 juta mahu sogok anggota jawatankuasa Parlimen Haji

KOMISI  Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia mendedahkan wujud cubaan oleh bekas Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, untuk “membungkam” (mendiamkan)  Panitia Khusus Haji Dewan Perwakilan Rakyat (DPR (Pansus Haji) melalui pemberian wang sogokan.

Panitia Khusus Haji DPR adalah Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan haji.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan KPK, Asep Guntur Rahayu, cubaan tersebut dilakukan dengan menggunakan wang yang dikumpul daripada bayaran komisen berkaitan pemberian kuota tambahan haji kepada penganjur haji khas.

KPK menjelaskan bahawa pada tahun 2024, Arab Saudi memberikan tambahan 20,000 kuota haji kepada Indonesia.

 Namun, Yaqut didakwa memberikan 50% daripada kuota tambahan tersebut kepada Penyelenggara Ibadah Haji Khusus (PIHK) -pengelola haji swasta-, sedangkan peraturan menetapkan kuota tersebut sepatutnya hanya sekitar 8%.

“Wang hasil pengumpulan fee tersebut juga diduga digunakan untuk mengawal Pansus Haji yang diketahui oleh Yakut,” kata Asep lapor Republika.

KPK turut mendedahkan bahawa Yaqut didakwa menyediakan wang sogokan sekitar AS$1 juta bagi mempengaruhi ahli Pansus Haji. Nilai tersebut dianggarkan kira-kira Rp16.9 bilion atau sekitar RM4.9 juta.

Namun cubaan itu gagal selepas anggota Pansus Haji menolak tawaran tersebut.

“Ada usaha untuk memberikan sesuatu tetapi ditolak. Alhamdulillah Pansus mempunyai integriti yang sangat baik sehingga tawaran itu tidak diterima,” ujar Asep.

Menurut KPK, wang tersebut akhirnya disimpan sendiri oleh Yaqut sebelum disita oleh pihak penyiasat sebagai sebahagian daripada bukti dalam kes rasuah kuota haji.

Penyiasat percaya wang tersebut dikumpulkan daripada jemaah melalui forum persatuan agensi pelancongan haji sebelum digunakan atas arahan Yaqut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img