Serang Iran usaha AS-Israel wujud Peta Baharu Asia Barat – Hadi

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perang yang dilancarkan oleh Israel kini, sebenarnya bertujuan melakar Peta Baharu Asia Barat anjuran Israel-Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat.

Katanya, perkara itu menepati perjuangan Zionis untuk mendirikan Negara Agung Israel (Greater Israel) yang bersempadan dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq, dan dari Laut Mediterranean hingga Laut Merah, sekali gus mengubah peta Sykes-Picot.

”Semua kumpulan Islam seperti Jamaah Islamiyyah, Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah dan Ansarullah disokong oleh Republik Islam Iran yang menentang Israel dan sekutunya.

”Mereka meneruskan kembali usaha bagi membebaskan Palestin dan tidak sekali-kali mengiktiraf negara haram Israel. Akibatnya, mereka dijadikan musuh nombor satu yang hendak dihapuskan atas nama keamanan dan keselamatan negara haram itu,’’ katanya melalui ruangan Minda Presiden hari ini.

Sykes-Picot ialah rancangan rahsia kuasa Barat untuk membahagikan Timur Tengah selepas Perang Dunia Pertama.

Abdul Hadi berkata, malangnya, negara-negara yang menjadi habuan peta Sykes-Picot pula mendapat perlindungan melalui pangkalan tentera bersekutu.

”Malah, negara-negara itu juga bersedia menjadi pangkalan bagi peperangan yang dicetuskan untuk membantu Amerika Syarikat dan Israel,’’ katanya.

Pada masa tegas beliau, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digunakan oleh Zionis bagi mengutuk Republik Islam Iran yang bertindak menyerang pangkalan negara bersekutu dengan alasan menyerang negara jiran.

”Sedangkan Iran tidak menjadikan negara-negara jiran itu sebagai sasarannya. Demikianlah putar belit dan penipuan yang dilakukan secara politik yang zalim. Hal ini berlawanan dengan hukum Allah yang mengharamkan membantu musuh yang menyerang umat Islam dan musuh yang menghalang kebangkitan bagi menegakkan semula negara Islam yang berdaulat,’’ tegasnya.

Dalam tulisan itu Abdul Hadi secara terbuka membidas sikap sesetengah negara Asia Barat yang diihat bersekongkol dengan Amerika Syarikat.

”Allah mewajibkan umat Islam bersedia menghadapi musuh mengikut keadaan zaman. Malangnya, kekayaan hasil bumi kurniaan Allah disalahgunakan untuk bermewah dan melabur di negara Barat yang bermusuh terhadap Islam. Malah, mereka mendirikan bangunan pencakar langit yang tinggi, menggalakkan hiburan yang melalaikan dan bermewah-mewah secara melampau.

”Dari aspek pertahanan dan keselamatan pula, mereka menyediakan pangkalan tentera untuk negara bersekutu daripada kalangan penjajah bagi melindungi Israel, sumber ekonomi dan laluannya. Namun kini, dijadikan pula pangkalan bagi menyerang Iran dan semua kumpulan Islam yang dianggap bahaya,’’ tegasnya.

Abdul Hadi berkata, apabila Iran bertindak menyerang pangkalan dan bala tentera yang membantu Israel, tiba-tiba negara Arab menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menuduh Iran menceroboh negara jiran.

”Adapun Israel dan sekutunya yang sebenarnya menceroboh dengan sangat melampau, sehingga melanggar undang-undang antarabangsa pula didiamkan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img