Dua kanak-kanak separa sedar diselamatkan dalam kebakaran apartment 

DUA kanak-kanak ditemui dalam keadaan separa sedar selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah apartment di Jalan 1 Emas, Taman Megah Emas, Petaling Jaya, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit apartment empat tingkat yang terletak di tingkat tiga dengan keluasan kira-kira 600 kaki persegi dan memusnahkan kira-kira 50 peratus ruang tamu.

“Anggota bomba menemui dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia lingkungan empat hingga enam tahun di dalam sebuah bilik dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dikeluarkan dan diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman membabitkan 13 anggota dari BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya dengan bantuan tiga jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Light Fire Rescue Tender (LFRT),” katanya.

Katanya, kerja-kerja overhaul sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan api semula.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img