DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti am tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Perdana Menteri berkata, cuti pada 23 Mac (Isnin) diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac (Jumaat) depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan (22 Mac).
“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.
“Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.
“Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di Kota Kinabalu, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.
Berikutan itu, cuti umum Aidilfitri pada kali ini bertambah sehari kepada tiga hari.


