Ribut: 2 kereta rosak teruk dihempap pokok

DUA buah kereta mengalami kerosakan teruk akibat dihempap sebatang pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang di Jalan Kota Emas, Lorong Seremban di Georgetown pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.21 pagi mengenai insiden pokok tumbang di jalan raya sebelum menghempap dua kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba, komander operasi membuat penilaian awal di lokasi dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap sebelum menjalankan kerja pemotongan pokok menggunakan peralatan khas kebombaan.

“Tindakan itu bagi mengalihkan halangan di atas jalan raya dan memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut manakala maklumat pemilik kedua-dua kenderaan masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata, operasi yang turut mendapat bantuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu tamat sepenuhnya pada jam 9.15 pagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img