Wanita warga emas maut, 5 cedera Proton Wira terbabas langgar pembahagi jalan

SEORANG wanita warga emas maut, manakala lima yang lain cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pan Borneo Sri Aman-Saratok, Sarawak petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira yang dinaiki enam mangsa terdiri dua lelaki dan empat wanita yang dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Kejadian itu menyebabkan lima mangsa cedera ringan, manakala seorang mangsa wanita warga emas yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, lapor BH.

Anggota bomba terpaksa membuka pintu belakang kereta yang tersekat menggunakan peralatan khas bagi memudahkan operasi menyelamat.

“Lima mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img