3 lelaki ditahan simpan bangkai harimau belang dalam Alza

TIGA lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, Mersing, pagi tadi.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor itu digerakkan hasil maklumat awam.

Komander FRU Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Perodua Alza menemukan seekor harimau belang mati (Panthera Tigris Jacksoni) selain beberapa barangan lain yang turut dirampas.

“Harimau belang ialah khazanah negara yang tidak ternilai.

“Kami beriltizam membanteras pemburuan haram tanpa kompromi demi kelestarian alam dan generasi akan datang,” katanya.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas seekor harimau belang yang sudah mati, sebuah kereta Perodua Alza dan empat telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM294,007.

Siasatan awal mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan serius dipercayai akibat jerat selain enam kesan tembakan di kepala yang menjadi punca kematian.

Kesemua suspek berumur 28 hingga 49 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img