MALBATT 850-12 raikan Hari Malaysia di Lubnan dengan ‘Fun Run’

BATALION Malaysia (MALBATT) 850-12 yang sedang melaksanakan misi pengaman di Lubnan meraikan sambutan Hari Malaysia ke-62 dengan penganjuran ‘fun run’ atau larian ria sejauh 10 kilometer.

MALBATT 850-12 memaklumkan program itu diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anggota walaupun berada jauh dari tanah air selain mengekalkan kecergasan warga pasukan.

“Pelepasan larian dilakukan Komander MALBATT 850-12 Kol Johan Effendi Mohd Shalleh, yang turut bersama pegawai serta anggota dalam acara itu. Penyertaan terdiri daripada pelbagai peringkat menunjukkan kekuatan dan semangat kebersamaan warga pasukan.

“Fun Run ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, malah menjadi simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air serta bukti kesungguhan untuk kekal berdisiplin dan bersemangat dalam melaksanakan misi keamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut MALBATT 850-12 dalam kenyataan.

Pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan pulang secara beransur menjelang November ini dan akan digantikan oleh pasukan MALBATT 850-13 termasuk satu platun daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img