DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul yang diberi mandat baharu untuk terus memimpin Thailand sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, sebagai jiran dan rakan dalam ASEAN, kejayaan Malaysia dan Thailand saling berkait, umpama dua sungai yang lahir dari mata air yang sama.
“Saya menantikan detik untuk terus mempereratkan hubungan kerja yang erat dengan Perdana Menteri Anutin serta memperkukuh kerjasama Malaysia-Thailand terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan dan kestabilan serantau,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anutin yang merupakan Parti Bhumjaithai, memperoleh 293 undi dalam sidang khas Dewan Perwakilan Thailand hari ini, sekali gus memenangi penggal kedua sebagai Perdana Menteri ke-32 negara itu.
Anutin menerima sokongan besar daripada ahli-ahli Parlimen dalam pengundian yang diadakan pada pukul 10 pagi selepas Sophon Saram sebagai Yang Dipertua Dewan Perwakilan Rakyat memanggil sidang khas Parlimen ke-27 bagi memilih Perdana Nenteri baharu.
Sidang khas itu diadakan bagi membincangkan perkara mendesak iaitu meluluskan calon yang dianggap layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri di bawah Seksyen 159 Perlembagaan.
Suasana di dalam Parlimen dilaporkan meriah, dengan orang ramai mengikuti rapat keputusan undian yang dilihat sebagai detik penting dalam landskap politik Thailand susulan pilihan raya umum pada 8 Februari 2026.


