23 buah negara sambut Aidilfitri esok

SEBANYAK 23 buah negara termasuk Arab Saudi menyambut  Hari Raya Aidilfitri esok selepas menyempurnakan ibadah puasa Ramadan selama 30 hari.

Menurut laporan media antarabangsa, penetapan tersebut melibatkan kebanyakan negara di rantau Timur Tengah dan Afrika.

Perbezaan tarikh sambutan Aidilfitri berlaku susulan kaedah penentuan yang berbeza, sama ada melalui rukyatul hilal (pemerhatian anak bulan) atau pengiraan astronomi.

Di negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu  (UAE) dan Kuwait, penentuan dibuat berdasarkan cerapan hilal bagi awal Syawal. Hasil pemerhatian mendapati anak bulan tidak kelihatan, menyebabkan Ramadan digenapkan kepada 30 hari dan Aidilfitri ditetapkan esok.

Selain itu, negara seperti Turkiye dan Australia turut menetapkan tarikh sama berdasarkan gabungan pengiraan astronomi dan cerapan bulan.

Antara negara lain yang menyambut Aidilfitri esok ialah  Bahrain, Qatar, Maldives, Lubnan, Palestin, Yemen, Iraq, Sudan, Djibouti, Somalia, UganNigeria, Chad, Gambia, Guinea, Benin, Senegal dan Cameroon.

Sementara itu, beberapa negara lain menetapkan Aidilfitri lebih awal iaitu pada Khamis, 19 Mac 2026 selepas mengesahkan penampakan hilal Syawal. Negara yang terlibat termasuk Afghanistan dan Mali.

Perbezaan ini menunjukkan kepelbagaian pendekatan dalam menentukan permulaan bulan Syawal dalam kalangan negara Islam di seluruh dunia.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img