Lelaki pukul isteri hamil akhirnya ditahan

POLIS menahan seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Media pada Selasa lalu melaporkan, polis sedang mengesan seorang penghantar barang selepas disyaki bertindak ganas mencederakan isterinya termasuk menggunakan motosikal.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, laporan berhubung insiden itu diterima daripada ibu mangsa berusia 51 tahun pada Isnin selepas video mengenai kejadian itu tular dalam media sosial, awal pagi Ahad lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 20 tahun itu diserang oleh suaminya yang berusia 22 tahun di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan Kota Shahbandar kira-kira jam 4 pagi.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img