Gangguan bekalan diesel di Johor pulih sepenuhnya

GANGGUAN bekalan diesel di beberapa stesen minyak di Johor sejak Selasa lalu pulih sepenuhnya pagi ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pengagihan bekalan bahan api itu di stesen minyak yang terjejas telah disalurkan secara berperingkat.

“Bekalan diesel di Johor secara keseluruhan adalah setakat terkawal dan mencukupi.

“Pasukan khas kami akan terus memantau bekalan diesel dan petrol sepanjang musim perayaan kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Media semalam melaporkan gangguan bekalan diesel di beberapa stesen minyak melibatkan sebuah syarikat pembekal bahan api itu di negeri ini disyaki berpunca daripada kelewatan kapal tiba di terminal.

Situasi itu menjejaskan jadual pemindahan produk diesel berkenaan daripada kapal terminal, sekali gus menyebabkan kelewatan dalam proses pengisian diesel ke dalam tangki simpanan terminal.

Terdahulu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Johor melakukan pemantauan di stesen minyak yang terjejas pagi tadi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img