Pakistan, Malaysia setuju teruskan usaha keamanan di Asia Barat

PERDANA Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.

Kedua-dua pemimpin itu berbual pada sebelah petang dan saling bertukar ucapan Aidilfitri sambil menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan.

“Kami membincangkan situasi yang sedang berkembang di Iran dan rantau Teluk, serta bersetuju mengenai keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan meneruskan usaha bersama bagi mempromosikan keamanan melalui dialog dan diplomasi,” kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.

“Kami turut menyatakan kepuasan terhadap momentum positif dalam hubungan Pakistan-Malaysia serta menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img