Agong berangkat  ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.

Majlis berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, menteri-menteri Kabinet dan para perwakilan asing antaranya United Kingdom, Iran, Azerbaijan dan Indonesia.

Majlis yang dihadiri lebih 600 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.

Antara juadah disajikan ialah makanan popular Johor iaitu kacang pool dan sup tulang merah selain lemang, ketupat, rendang dan nasi beriani selain majlis diserikan dengan persembahan lagu raya daripada Quintet Pancaragam Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan khas oleh penyanyi yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave., lapor Bernama.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara yang turut disertai oleh Perdana Menteri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img