Hubungan semakin tegang…Arab Saudi usir diplomat Iran

ARAB Saudi telah mengusir beberapa pegawai tentera Iran dan sekali lagi mengecam keras apa yang disifatkan sebagai serangan “terang-terangan” oleh Iran terhadap kerajaan negara itu serta negara-negara serantau.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media berkata, , kementerian itu menyatakan bahawa tindakan berterusan menyasarkan kedaulatan Arab Saudi, infrastruktur awam, misi diplomatik dan kepentingan ekonomi oleh Iran merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang serta norma antarabangsa.

Kata kenyataan tersebut, serangan berkenaan turut melanggar terma Perjanjian Beijing serta Resolusi 2817 (2026) oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain bercanggah dengan prinsip hubungan kejiranan baik dan penghormatan terhadap kedaulatan negara.

‘’Pemerintah menegaskan semula “kecaman tegas” terhadap serangan Iran ke atas Arab Saudi, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), serta negara Arab dan Islam lain, sambil memberi amaran bahawa peningkatan ketegangan itu akan membawa kesan serius terhadap hubungan dua hala,’’ kata kenyataan tersebut.

Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah memberitahu kedutaan Iran bahawa atase tenteranya, penolong atase tentera serta tiga lagi kakitangan telah diisytiharkan sebagai persona non grata dan dikehendaki meninggalkan negara itu dalam tempoh 24 jam.

Ia turut mengulangi kenyataan terdahulu yang dikeluarkan pada 9 Mac, yang memberi amaran bahawa serangan berterusan oleh Iran merupakan satu lagi bentuk peningkatan yang akan memberi “impak mendalam” terhadap hubungan pada masa hadapan.

Arab Saudi juga menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil semua langkah perlu untuk melindungi kedaulatan dan keselamatannya, sambil merujuk kepada hak mempertahankan diri di bawah Artikel 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img