DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penjelasan ringkas bagi menjawab persoalan ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan negara ini pengeluar minyak.
Melalui media sosia beliau, Perdana Menteri berkata, persoalan itu timbul sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menggariskan alasan kenapa Malaysia turut terkesan.
Berikut penjelasan ringkas Perdana Menteri:
Sebenarnya:
*Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini.
*Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak.
* Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz.
*Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport.
*Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu.
* Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel.
Anwar mengakhiri catatan ringkas itu dengan memberi jaminan bahawa dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan Madani.


